Thursday, 27 October 2011

Tak Cukup Kuat

Semenjak dua menjak ni makcik rasa tak cukup kuat nak layan karenah chewi sorang...Mungkin usia dia semakin meningkat perangai pon berubah, makcik pulak macam kurang ilmu dalam mendidik anak ...ni baru usia 3 tahun...belum 13 tahun lagi..haduihhh, memang amat memeningkan...Kadang-kadang makcik kesian pulak ngan chewi tiap kali makcik marah dia, kadang sampai kancing gigi makcik duk tahan marah tak mau bagi jadi kekasaran kat dia, ye lah makcik dulu tak de adik, so tak de la pengalaman nak handle budak-budak nih, belajar melalui orang lain jer, Ye la hati ibu, bila time nak marah tu memang tak tahan sangat-sangat nak marah, tapi 3 4 minit lepas tu cakap elok semula ngan anak..

Tiap kali nak marah, selalu duk selawat dalam hati takut ringan tangan kat chewi, kalau ada apa-apa kat tepi memang hancur makcik kerjakan dek kerana nak marah kat chewi...kalau ade bantal, bantal la makcik hempuk bagi nak lepas perasaan marah tu, tapi chewi yang lebih-lebih nanges tgk makcik macam naik hantu..hukhukk..

Betul, memang skarang compete set, degil, manja, tak dengar kata, pastu paling tak tahan smua nak kene dengar cakap dia ajeee, yang tu makcik panassss, macam perangai papa dia laaa...sejibikkkkk, tapi kalo cakap kat soulmate silap2 si sayang intan payung pengarang jantung peneman hidup tu pulakkkkkk yang terasa hati, touching lebih tak leh trima hakikat perangai anak sama ngan perangai dia..Lagi satu kes bila soulmate ngn chewi buat perangai keras kepala..masing-masing nak menangkan diri sendiri, tak leh jumpa dekat, mesti gaduh punya, orang kata muka anak pompuan sama ngan bapa , sejuk..mmmmmm... memang diorang berdua tak leh duk dekat lama-lama..memang conpem-conpem gaduh, kadang-kadang makcik rasa nak naik hantu, pasal berebut channel tv pon nak gaduh, si papa pulak tak mau mengalah...si chewi pun tak mau ngalah jugak, mula la menjerit-jerit, akibat dari situasi tersebut makcik la yang tensyennn gilerrr...

Lagi satu kalau si chewi suruh ambik something, pastu makcik cakap dah tak ader, memang terang-terang dah tak ader dan dia pon tengok bende yang dia mintak tu tak ader, tapi duk melalak lalak mintak jugak, makcik ni dah cakap elok-elok kate tak ade, esok kita cari, tapi duk nak jugak nak jugak...orang kata dengan budak kene pandai psiko pastu slow talk tapi dengan chewi memang tak menjadi cara-cara tu..Lagi satu kalau dia kata nak suh buat itu terpaksa juga kita yang buat sedangkan bende tu dia boleh buat sendiri..

Kadang-kadang makcik menangis, menangis sebab pikir cetek nya ilmu makcik untuk jadi seorang ibu, dan menangis sebab makcik pikir makcik gagal nak tangani perangai dan situasi dengan anak...

Tapi bila kadangkala perangai chewi ok, makcik rase syukur dikurniakan anak yang cerdik macam dia, usia 3 tahun, dia dah pandai bawak pinggan dari meja makan bawak terus ke sinki, kemudian basuh , pastu dah pandai skit2 cara ambik wudhuk dan semayang , walaupun pada rakaat ke 2 telekung semayang dah tak tau ke mana..Kalau bab mulut pot pet pun boleh puji, sembang macam orang tua lama, semua bende dia tau, daya ingatan pon kuat, contoh kalau pegi mana-mana, lalu jalan tu skali je dia dah boleh ingat jalan tu nak tuju ke mana... Alhamdulillah..  .Bila pikir balik perangai baik dia tu, rasa lega sikit, tapi bila dia mai perangai buruk dia..Tuhan je tau perasaan makcik nih...


agak-agak kalau tak termuntah baca entry makcik sudi-sudikan lah mengomen

Post a Comment

ahli mesyuarat tingkap mengumpat

 
Blogger design by suckmylolly.com