Friday, 25 November 2011

Simple Tapi Sedap..*wink

tengok Title pon dah tau kan entry kali ini tentang sesuatu yang menyentap selera...

simple je kan.... tapi memangggg sedap..

sape yang free mai la umah makcik hari ni, makcik masak nasi ayam yang di beri name NASI AYAM SIMPLE TAPI SEDAP, sekarangkan musim MasterChef Malaysia..so seharusnya mengambil mood memasak dan memberi sendiri nama masakan, walaupun resepi di ambil dan di ciplak dari member2 dan kaum kerabat dan di campur aduk di gaul-gaul agar menjadi sesimple yang mungkin, tapi rasenye tetap mabbbbelesss maklumler bab-bab memasak yang rumit tu bukan makcik lah yer...heheh
kat sini makcik bagi resepi..kalau sape yang memang tak dan sampai nak mai umah makcik rini, pandai-pandai la buat sendiri kat umah yer...

Sorry Gambar ayam je buh sebab bila dah senduk nasi semua, tak dan nak ambik gambar sebab pelahap nak makan ..bila dah sampai sekerat pinggan, soulmate pon kate 'eh tak nak ambik gambar ke nasi ayam ayg nih..' *_*

Langkah 1
½   ekor ayam
1    biji bawang putih
 ½  inci halia

(halia dan bawang di tumbuk)

Rebus bahan di atas, sampai agak2 ayam tu masak...Lebihkan air sebab nak guna untuk masak nasi dan buat sup

Langkah 2
Bila ayam sudah masak, perapkan ayam dengan :
3   Sudu Sos Tiram
4   Sudu Kicap Pekat
sedikit Kicap Cair
sedikit garam
(makcik main campak tak ikut sukatan, sebab macam2 mane pon tetap sedap)

Langkah 3 (Nasi)
2   sudu mentega
     sedikit garam
1   ulas bawang putih
½  inci halia
(halia dan bawang putih di tumbuk)

*sukatan beras dan air bersesuaian dengan beras yang korang guna..macam masak nasi hari2 tu cuma
ni makcik guna 3cup beras + 6 cup air rebusan ayam

Panaskan mentega, kemudian tumis bawang putih dan halia, bila dah naik bau masukkan beras, gaul2 sekejap dan terus masukkan air rebusan ayam...dan masukkan garam secukup rasa.

Langkah 4 (Sup)
1    biji bawang besar
2    biji bawang putih
½   inci halia
(Tumbuk kesemua di atas)
    Sup Bunjut
    Ajinamoto
Daun Sup

Tumis bahan yang di tumbuk kemudian masukkan air rebusan ayam tadi dan masukkan sup bunjut, nak lagi sedap letak la kaki ayam/leher ayam...

Langkah 5 (Sos Cili)
Blender:
 Lada besar
 2  Sudu Cuka
 2   Sudu Gula
Panaskan sekejap supaya lada masak, untuk jaga kesihatan peruttt

Langkah 6
Goreng ayam yang di perap dengan kicap, sos tiram tadi...Goreng dalam minyak yang banyak, dan jangan terlalu garing

Langkah 7
Ambil lebihan sos tiram dan kicap perapan ayam tadi di campur dengan sedikit sup, dan panaskan sekejap seperti sos cili..

Siappppppp

Memang nampak cam rumit, tapi bila korang try skali, memang akan rase tak susah pon, makcik buat ber langkah-langkah tu supaya senang korang nak follow...



agak-agak kalau tak termuntah baca entry makcik sudi-sudikan lah mengomen

Post a Comment

ahli mesyuarat tingkap mengumpat

 
Blogger design by suckmylolly.com