Friday, 4 November 2011

Today is Friday


Jumaat yang memuaskan bila dapat bangun lewat setelah 3 hari tak cukup tido semata-mata menyiapkan assigment yang nak kene submit...Giler kentang...tak penah bz giler sampai berjaga kul 4 5 pagi semata-mata nak siapkan assigment..bukan buat keje last minute tapi memandangkan minggu selepas raya adalah minggu Final Exam...lecturer pon kalut nak penuhkan column markah untuk PB...Bayangkan berjaga sampai kul 4 5 pagi, kul 6 lebih dah nak kene bangun, kelas kul 8, kul 5 petang baru balik rumah..pastu berjaga pulak..naik rabak biji mata tapi still boleh senyum...

Korang balik beraya kat kampung ker..???
tanye sape? ko je bace blog ni makcik woi

Makcik tahun ni nampaknya beraya di sini aje lah..tak balik kampung memandangkan Final Projek untuk Rekabentuk Bangunan tak siap g..pastu dah dekat nak final..harus merajinkan diri untuk lepas semester ni...tak mau ulang modul...Kalau balik kampung memang sah-sah tak siap Final projek untuk di submit next week...dan sememangnya kalau balik kampung tak study mudyyy laaa,Lagipun raya tahun ni ma ngn mak mertua tak ambik bahagian...
Raya kat kampung tentu-tentu la meriah..makcik duk sini orang selalu tanyer, betol ke ibadah korban kat Pantai Timur meriah..? Sambutan tu same aje kat mane-same cuma terasa kemeriahan bila lepas aje sembayang raya, ramai-ramai pergi tempah sembelih lembu pastu kat padang tu riuh rendah la dengan gelagat orang kampung...bila dah siap sembelih, bawak daging balik rumah dan agih-agihkan..Bila ramai sanak saudara tu lagi la meriah, sambil besiang bawang ade la gelagat makcik-makcik yang duk bergosip..tambah dosa kering padahal baru je bermaafan... hahaha.. Tapi selalu nya makcik pon join same..huhuhuhuh...

ni Raya Haji tahun lepas...
di kampung haaman tercinta..
.kampung soulmate


ma makcik mak dan ayah mertua dan jiran serta makcik duk buat persiapan nak jamu tetamu


ni pulak raya makcik di sini 2Tahun lepas..di tempat yang soulmate mencari rezeki sesuap nasi ,

selepas balik semayang raya , ambik gambar sekeping dua dan bentang toto nampak tak toto kat sebelah tuuuu  dan
melayan movie-movie kat tv...sedih dan sempoi beraya di tempat orang..nak ke rumah saudara mara, memang tak ader kat sini...beraya la kami 3 beranak..


Nanti sehari dua lagi makcik update pasal beraya kat sini untuk tahun ni...
ntah-ntah petang ni balik kampung...hihihi




agak-agak kalau tak termuntah baca entry makcik sudi-sudikan lah mengomen

Post a Comment

ahli mesyuarat tingkap mengumpat

 
Blogger design by suckmylolly.com