Sunday, 1 July 2012

Puding Roti Oat

Tudiaaaa... lama sungguh tak post entry pasal masakan...

Pagi tadi (tak la pagi sangat) bangun tido nekad hari nih nak diet, konon hari nih tak nak makan nasi, nak makan oat..berkobar-kobar tau sebab semalam pegi pasaraya tercapai oat.. tu yang berkobar, maklum le badan dah macam belon, harus la nak kene diet..haishh...

So, dengan semangat yang berkobar-kobar makcik pon google la resepi yang berasaskan oat..haduih, banyak nya.. Ting!!!! tetiba teringat ada roti yang tarikh exp hari ni...pada duk membazir, makcik pikir elok buat puding roti tambah oat..google punye google..satu pon tak de resepi puding roti letak oat, samada keyword makcik salah atau makcik ni tak pandai nak meng google tak tau la, tapi memang tak jumpa..dan dengan perasaan yang amat kecewa makcik pon masuk kedapur dan try sendiri buat Puding roti bersama oat.. konon semangat oat..nak jugak letak oat...

Basic makcik guna je resepi puding roti biasa, tapi lebih kan seperkara dua bahan then tambah oat..


PUDING ROTI OAT

6 keping roti disapu mentega
1 sudu mentega dicairkan

2 biji telur
250 ml freshmilk
1/4 cawan gula
3/4 cawan oat
sedikit esen vanila

* toastkan roti yang disapu mentega (makcik bakar dalam kuali leper je, malas nak kluarkan toaster) kemudian roti dipotong 4 dan disapu ke dalam loyang > sila sapu loyang dengan mentega supaya tak melekat..

*Cairkan mentega dan curahkan ke atas roti di dalam loyang

* dalam mangkuk lain campurkan telur,susu,gula, oat dan esen vanila, kacau biar sebati , kemudian  curahkan ke dalam loyang roti tadi ..biar rata..

*Bakar dalam oven 180 darjah celcius selama 20- 25minit...sila panaskan oven dulu ye 




tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa





Bagi yang biasa buat Puding Roti mesti korang perasan kan kalau kita buat puding roti, layer bawah tu macam lembut sebab roti duk kat atas, tapi puding oat ni memang tak de layer tu, dari atas sampai bawah memang rasa roti dan oat yang manis-manis lembut je..serius sedap.. ops termasuk bakul... try la kalau tak caya...dah separuh loyang habis kan makcik..


*sebenarnya failed jugak hasrat makcik nak diet hari ni sebab soulmate beli lauk kegemaran mase dia balik keje tadi... Cencaru bakar .. hihihihihihi


IKLAN ANAK DARA MAKCIK




agak-agak kalau tak termuntah baca entry makcik sudi-sudikan lah mengomen

Post a Comment

ahli mesyuarat tingkap mengumpat

 
Blogger design by suckmylolly.com