Tuesday, 27 August 2013

Raya.Raya.Raya

assalamualaikum

baru rase nk update pasal raya hari tu, padahal hari ni dah 20 syawal...tak pe tak pe..tak basi lagi cite raya..open house pon ramai lagi org buat..

Alhamdulillah tahun ni dapat jugak beraya kat kampung halaman tercinta ..memang awalnya duk ingt tak dapat balik raya dah tahun ni sebab en soulmate kene standby minggu raya tu.Memang feeling sedih dah time tu, tetiba pulak ada org nk ganti, alhamdulillah... 3 hari sebelum raya kami dah pecut balik kampung.. sempat la nk berbuka puasa kat kampung..syukur..

Tahun ni turn raya pertama kat rumah in law.. tapi tak sempat nk ambik family potrait sebab mom in law keje di hari raya pertama..huukhukk.. tapi sempat pulak ambik family potrait ngn family sendiri..hihi bukan pilih kasih tau, sebab lepas semayang raya terus ke pusara arwah abah, lepas tu terus ke rumah kak long, sebab ma dan ayah makcik beraya kat situ dengan anak-anak ayah..Tahun ni semua anak-anak ayah 5 orang balik kampung, meriah la..rugi tak dapat abiskan masa sama2 diorang raya pertama tu sebab lepas2 bersalam raya memang terus balik ke rumah mom in law..kan turn kat situ tahun ni ;)


cucu-cucu tok ayah dan tokma..
ada lagi yang tak masuk 4 org.. ;)


makcik's family 

buruk benornya makcik, hahahha
kamera jadi gelap sebab tak sempat nk setting *alasan typical
makcik dah macam jaiko adik giant dalam cite doremon dah saiznya !!
omg..

pak su dan family
(anak ayah yang bongsu)

cik ta dan family 
(anak ayah ke 4)


cik ngah dan family
(anak ayah ke 2)

lagi 2 family seebok kat dapur..

sempat makcik menyinggah rumah mak long
kakak ma makcik yang sulong..


ni family sebelah soulmate kat rumah mom in law..

raya ke dua beraya kat ruma ma makcik, 
macam tahun lepas buat birthday chewi a.k. a kakak farah
nk buat camna asyik jatuh bulan posa je birthday dia..

family besar makcik :)
tq mak-mak menakan farah yang kasi banyak hadiah kat farah tahun ni
next year kasi lagi ye..hahahhahahha
birthday girl berpeplum

Raya ke 5 pulak pecut ke Dungun sebab sepupu makcik kawen (adik kakak makcik), memang lama benar dah tak de sepupu sepapak kawen..ni kira yang batch selepas makcik la, hihih, sepupu2 makcik ni ada batch2 jugak..batch makcik smua dah selesai kawen dah...memang happening giler rasanya bila dapat jumpa sepupu sepapak, stahun sekali pon belum tentu boleh jumpa sebab masing2 dah ada family..

makcik dan kakak-kakak tersayang
(aku dah nampak macam adik giant -jaiko -,-' )


orang belakang tabir..
pak sedara, mak sedara dan sepupu2..

mami, makcik, cikmin (wifey sepupu) dan ciklong..
2 ditengah masing2 berlumba due bersalin..

2 mak dan 6 puterinya..

ni kakak sepupu makcik yang blakon ala-ala ibu ayam lorong haji taib
hahahha
alang-alang dah sampai ke dungun tu kami check in resort kat depan pantai , nak tido rumah pengantin maklum le rakyat ramai sangat..kang tak nyaman pengantin nk tido bila ramai2..terganggu pulakkk kanggg.. huaaaahuaaa (ada unsur 18 thn keatas la pulak)
kami check in di Mayang Sari Resort
harga memang berpatutan la
kami decide pilih private pool room
dalam bilik tu ada kolam ..saja soulmate nk happy kan anak dara dia..
dah lama sangat tak bercuti check in hotel katanya


serius best sebab ada private pool
tak sabar nk terjun
tapi bila dah terjun tak dan 15minit dh kalut cari tuala..sejukkk

jaiko dan anaknya 

gaya mak buyung 
kat depan bilik..
serius macam duk kat bali rasanya
padahal tak penah ke bali pon..huaaha


dua org yang telah mencuri hati makcik..



soulmate gaya seksi nk masuk majalah mangga..posing tepi pool hahahha

syok la depa..aku jugak yg tido smp kne mengiring


kat depan resort.. mengadap ke pantai..

done !!!

terima kasih yang sudi luangkan masa tengok gambar2 raya makcik..

ni dah seakan2 boleh buat cerpen nih..hahha






agak-agak kalau tak termuntah baca entry makcik sudi-sudikan lah mengomen

Post a Comment

ahli mesyuarat tingkap mengumpat

 
Blogger design by suckmylolly.com